Thursday, December 3, 2009

Emas catat harga rekod tertinggi

TU DIA......percayalah pelaburan emas dapat memperkukuhan aset kita.

LONDON - Harga emas mencapai paras rekod melepasi AS$1,217 untuk setiap auns (31.1035 gram) atau RM132 segram semalam berikutan kebimbangan pelabur yang mencari tempat selamat setelah nilai dolar semakin lemah.

Harga emas di Pasaran Bulion London melepasi paras halangan AS$1,200 (AS$1 = RM3.38) buat kali pertama kelmarin.

Selepas mencapai harga rekod baru, emas jatuh semdikit untuk didagangkan pada harga AS$1,207.82 menjelang tengah hari.

Kenaikan harga emas berikutan kebimbangan akibat inflasi dan rekod kewangan buruk manakala bank-bank pusat mula menjual dolar.

Nilai emas melambung lebih 55 peratus sejak 12 bulan lalu. Logam kuning yang menjadi pemacu hiasan wanita dan pelabur sering dijadikan zon selamat setiap kali berlaku masalah kewangan.

"Emas akan menjadi sektor nilai wang kerana para pelabur sangsi terhadap sistem kewangan semasa. Emas tidak akan hilang nilai." kata penanalisis, CMC Markets, Michael Hewson ketika dihubungi di sini.

Pada minggu lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengumummkan ia menjual 10 tan emas kepada bank pusat Sri Lanka AS$375 juta sebagai langkah menstruktur semula sumber kewangannya - AFP

petikan KOSMOS 3 Dis 2009