Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI LEBARAN

Di kesempatan ini pada hari yang dirahmati, kepada anda peminat EMAS saya memohon ribuan ampun & maaf zahir batin dalam menyambut Lebaran Eid Mubarak minal adil wal fa izin. Taqaballahu minna wa minkum.

Tawaran menjadi Agen / Dealer Public Gold kini kembali lagi sempena Aidil Fitri. Rebut peluang ini dengan menjadi Dealer. Dengan hanya RM 20K anda berpeluang menyimpan EMAS sebagai penambat kekayaan/harta anda.  

Tuesday, August 10, 2010



Dapat video nie masa dok surfing hal-hal EMAS. Jumpa video menarik dari laman Bebas-Hutang.com. Amat menarik untuk dihayati dalam menambah ilmu tentang EMAS terutama dalam mengembalikan DINAR dan DIRHAM.

Sunday, June 27, 2010

Betting on bullion

"Physical gold is a tangible asset" and the "bedrock asset in everyone's portfolio," said James Turk, founder and chairman of GoldMoney.
It is the ultimate safe haven because it is liquid and does not have counterparty risk," he said. "Gold is the only money not based on someone's promise, which makes it highly valuable during periods of financial and monetary uncertainty as is presently the case." 
The best way for a small investors to invest in gold is to buy small gold coins or gold bars, such as Public Gold Bullion or Public Dinar.
And when it comes to buying physical gold, there are only two ways to do it, said Turk -- "buy it and store it yourself, or buy it and have someone store it for you."

Sunday, March 28, 2010

Menyimpan Kekayaan Anda.

Kenapa mereka yang kaya tidak menyimpan wang fiat (kertas) sebagai pengikat kekayaan mereka. Cuba anda analisa sendiri carta dibawah ini.
The rules of money have changed. Savers will be losers. So nak simpan bagaimana kalau tidak dalam RM ?  EMAS adalah jawabannya. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit - tu kata orang tua-tua kita. Kalau simpan RM tak jadi bukit - kertas mana boleh jadi bukit, kalau EMAS saya percaya boleh jadi bukit. Boleh analisa geraf tu dak? Mana jadi bukit mana jadi busut.

Friday, January 22, 2010

AKTIF & PASIF


Apa itu Pendapatan Aktif dan Pendapatan Pasif?

Pendapatan Aktif dibayar berdasarkan masa bekerja, hampir 80 peratus orang kerja makan gaji. Pendapatan Pasif diperoleh dengan bekerja sekali dengan penuh kemudian menerima bayaran tanpa henti, cuma 20 peratus menggunakan kaedah ini. Lebih besar pendapatan pasif semakin banyak masa yang akan bakal diperoleh ber-sama keluarga dengan tetapi wang masih masuk ke akaun bank. Kalau bercuti enam bulan terus menerus pun wang masih masuk. 

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif:
•        Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
•        Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
•        Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
•        Usahawan yang mendapat keuntungan perniagaan
•        Agen insurans yang mendapat komisen
•        Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
•        Ahli jualan langsung/MLM)yang menerima komisen bulanan
   
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang miliki. Ada orang banyak harta tetapi sentiasa sibuk dan tiada masa untuk melakukan kegiatan yang disukai. Contohnya mereka tidak bebas untuk melihat anak-anak membesar, bersarapan pagi selama dua jam, bersantai di tempat peranginan tanpa risau memikirkan soal operasi pejabat.

Berbalik kepada kes doktor pakar tadi. Memang pendapatan secara mutlak tinggi tetapi POTENSI pendapatan mereka ada hadnya. Dalam masa 24 jam sehari mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja dan mesti berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Dalam erti kata lain mesti aktif atau berada di situ. Tiada beza juga jika kita bandingkan dengan pegawai korporat atau kerajaan, peguam atau jurujual berkomisen. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji atau komisen. Ada yang cuba mengatasi kelemahan ini dengan menggunakan model agensi berkomisen dipanggil "overiding". Tetapi pelanggan masih dimiliki syarikat prinsipal. Bererti kalau meninggalkan syarikat, komisen hilang, nilai aset pelanggan langsung menjadi sifar kerana diambil alih oleh syarikat.

 Apa yang diceritakan setakat ini boleh dibaca dengan lebih terperinci dalam buku "Rich Dad Poor Dad" hasil nukilan Robert Kiyosaki. Beliau membahagikan cara menjana pendapatan kepada 4 kuadran. Beliau menyarankan jika kita ingin membebaskan diri dari belenggu kewangan sepenuhnya, kenalah mula bergerak ke Kuadran 3 Perniagaan atau Kuadran 4 Pelaburan. Kuadran 4 dianggap terbaik kerana di sinilah wang membuat wang berlaku tanpa sebarang usaha dari pelabur kecuali pemantauan berkala. Jadi sekiranya anda berada dalam Kuadran 1 Makan Gaji berusahalah untuk bergerak secara beransur-ansur ke Kuadran 2 atau Kuadran 3. Tidak mustahil sebenarnya untuk seorang itu bergerak dari Kuadran 1 ke Kuadran 4 jika dia berjimat cermat atau kenaikan gajinya setanding dengan inflasi.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda sekarang pasif? Mulakan bertukar Kuadran daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Jangan korbankan pendapatan sekarang,cuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun.
  
Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian:
•        Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
•        Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
•        Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
•        Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
•        Agen insurans yang mendapat pendapatan sampingan
•        Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
•        Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
•        Menyimpan EMAS   

Saturday, January 9, 2010

WOW 250kg

Tahukah anda jongkong emas terbesar di dunia seberat 250kg?

 
Jongkong ini dihasilkan pada 11 June 2005 oleh Mitsubishi Materials Corporation of Japan dengan ukuran 455mm x 225mm x 170mm (17.9" x 8.9" x 6.7").

 Sumber : New Gold Investment