Friday, December 11, 2009

Bagaimana Menghadapi Harga Emas Yang Jatuh

Adalah amat menarik diperhatikan dengan kejatuhan USD50/ounce harga emas di spot gold.

Kemerosotan harga diwar-warkan di muka-muka hadapan surat kabar kewangan. Hos CNBC dengan galaknya mengolah analisis yang mereka cari seperti "What a drop! Is the gold rally now dead"

Nasihat kepada pelabur emas yang sedang gundah gulana : Tenangkan diri dan lihat perspektif yang luas berkenaan emas. Ingat, tiada pasaran yang naik dalam garisan lurus hingga ke langit. Emas tidak terkecuali akan mengalami naik dan turun pada harganya.

Emas adalah "odd man out" diantara aset kewangan. Ia bukan seperti hartanah dimana anda boleh menyatakan "saya akan bayar sewa tahunan lapan kali ganda untuk ini". Atau pada saham "blue chip" anda berkata "saya akan bayar 10 kali aliran tunai untuk ia". Emas mewakili harta sebenar dan juga sebagai pelindung harta semasa krisis. Ramai akan mengabaikan pelindungan ini.... atau beli dalam keadaan yang melampau. Ini boleh membawa kepada tidak setabil seperti yang kita lihat pada hari-hari yang lepas.

Ini boleh mengakibatkan kepada kejatuhan harga emas. Jika anda lihat dari carta 5 tahun emas, logam kuning ini boleh jatuh merudum sehingga USD850/ounce dan masih dalam aktif dalam pasaran. Bentuk kejatuhan ini adalah jauh keberangkaliannya, tetapi apa-apa boleh berlaku dalam pasaran Emas ........ Justeru itu bersedia menghadapinya.













Sumber : http://sax-gold.blogspot.com/